NEXUS SEKOLAH

Terma Penggunaan

Dikemas kini: 17 Oktober 2026

Nexus Sekolah, melalui modul Pencerapan PdPc, membantu guru merekod dan menyemak pencerapan Standard 4. Pertanyaan boleh dihantar kepada alexc4wong@gmail.com.

Akaun dan peranan

Gunakan akaun DELIMa guru anda sendiri. Jangan berkongsi sesi log masuk atau menyamar sebagai pengguna lain. Daftar sekolah sebagai PGB hanya apabila anda diberi kuasa mengurus sekolah tersebut. PGB dan PK bertanggungjawab menyemak keahlian dan permohonan peranan.

Rekod pencerapan

Masukkan maklumat yang tepat dan pastikan anda mempunyai kebenaran yang sesuai untuk membuat pencerapan. Pencerap dan guru yang dicerap boleh mengisi serta menyemak draf bersama. Kedua-duanya boleh membuang draf itu, manakala hanya pencerap boleh mengesahkan penghantaran akhir. Rekod yang dihantar menyimpan masa penghantaran dan peranan pencerap pada ketika itu. Akses serta pembetulan tertakluk pada peranan dan peraturan aplikasi.

Rumusan AI

Rumusan AI ialah cadangan bantuan profesional dan mungkin tidak tepat. Semak rumusan sebelum menggunakannya. Elakkan maklumat peribadi murid atau pihak lain dalam medan yang dihantar kepada AI. Penggunaan AI adalah pilihan dan tertakluk pada kuota.

Pilot percuma

Pilot ini disediakan tanpa bayaran. Ketersediaan aplikasi dan AI bergantung pada perkhidmatan serta kuota yang digunakan. Simpan PDF rekod penting untuk rujukan anda.

Privasi dan sokongan

Baca Notis Privasi untuk maklumat data dan akses sekolah. Hubungi pentadbir sekolah atau alamat sokongan di atas jika terdapat kesilapan peranan, masalah akses atau pertanyaan berkaitan rekod.